Skip to main content

NOTA SUARA MENGENAI TERMINATED DAN TOUR LETS LEPAK


NOTA SUARA BERKAITAN TERMINATED:

Bismillah..Ingin disini saya tegaskan awal-awal tiada niat untuk menghentam atau hukum siapa salah siapa betul.. Diharapkan dengan penjelasan saya ni, dapat jernihkan keadaan dan persoalan yang bermain di fikiran stokis dan penggemar Sparkling Skincare.
Mulanya saya memang sedikit kecewa dan marah.. Tidak marah pada pengadu atau stokis. Saya sendiri terlebih dulu marah dengan kakitangan Sparkling Skincare Groups. Bagaimana perkara seperti ini boleh timbul? Jika ada aduan, pasti ada sesuatu yang tidak elok atau kepuasan dari pihak kami.. Walaupun saya marah, tapi saya tidaklah ambil tindakan tidak berasas.. Saya akan mula siasat perkara sebenar yang terjadi..
Ini sebenarnya berkisarkan tentang sistem "TERMINATED" yang saya lancarkan.. JIka sebelum ini saya sudah menggunakan pendekatan dengan memaklumkan pada media sosial saya seperti ( facebook, instagram, whatsapp group mahupun personal ) untuk meminta Young Master (stokis) memberi detail berkaitan diri mereka seperti nombor whatsapp, id facebook, instagram, email dan sebagainya untuk saya kemasikini di dalam senarai penjual berdaftar.. Juga termasuk pendaftaran agent kecilan mahupun dropship yang berada dibawah selingan Young Master setiap negeri.
Saya tidak mahu bincangkan apa masalah stokis tersebut.. Kerana saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.. cuma sedikit pesan saya kepada penggemar atau pembeli atau peminat Sparkling Skincare agar tidak berurusan dengan mereka yang tidak berdaftar di Bawah Sparkling Skincare Groups. Segala masalah adalah tanggungjawab anda ( pembeli ) sendiri.
Cara terbaik jika anda rasakan kesangsian si penjual atau stokis mempunyai tidak bersikap profesional dalam melaksanakan urusan mereka, segera batalkan urusan pembelian anda..
Untuk pengetahuan anda semua pembaca, untuk menjadi Young Master ( stokis negeri) Co-Master ( agent di bawah selingan Young Master ) dan Dropshippers di bawah Sparkling Skincare groups bukan mudah..
Ia melibatkan kesungguhan, modal dan juga kesungguhan anda menjadi sebahagian daripada kami.. Sekaligus menjana pendapatan bersama kami.. Mereka yang berhajat perlulah memenuhi pelbagai syarat yang sudah ditetapkan oleh pihak Sparkling Skincare Groups sendiri..
 Alhamdulillah syukur Sparkling Skincare Groups sudah melepasi 7 Tahun berada di pasaran "underground" dengan mempunyai lebih 230 Young Master..Co-Master dan Dropship di bawah beberapa team termasuk dibawah TEAMSUARAXMACAIZU yang dipecahkan kepada 3 group berasingan yang berdaftar dan bertauliah (kerana mereka diajar dengan menjadi seorang penjual ber-educated yang kenal luar dalam Sparkling Skincare).. 
Cuba bayangkan, ada 230 ragam yang saya nak kena jaga dan faham setiap hari dan setiap masa, belum melibatkan ragam pelanggan saya yang sedia ada yang sudag menjadi Regular Customers saya sejak 2011 lagi saya berkecimpung.
Kebiasannnya, untuk memulakan sesuatu yang baru atau anjakan paradigma, pasti akan ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan "TERMINATED" ini terlalu drastik.. Akan ada yang suka dan akan ada yang membenci ( secara totalnya kedua pihak ini seimbang ) tapi jika di fikirkan semula.. Ini perniagaan saya sejak 2011 dan saya tidak pernah memaksa anda untuk menjadi stokis..atau sebahagian daripada Sparkling Skincare Groups..
Apa yang perlu saya buat adalah, memekakkan telinga tapi tidak bermakna saya hanya membuta tuli tanpa ambil pusing/peduli..
Tujuan saya membuat sistem "TERMINATED" ini sudah dibincangkan bersama team Sparkling Skincare Groups, adalah bertujuan menghapuskan penjual yang tidak bertauliah dan tidak bertanggungjawab terhadap pelnaggan mereka seperti contoh: tidak mencadangkan items atau set mana yang sesuai buat pelanggan mereka atau tidak membalas pertanyaan selepas pembelian, yang hanya tahu mengejar keuntungan..
Dalam masa sama menggalakkan kitaran baru iaitu LESS SELLERS MORE BUYERS, dimana saya sendiri akan turun padang menjadi sebahagian Young Master untuk beberapa tapak dalam mengenalkan Sparkling Skincare kepada pengguna baru dengan membuat lawatan percutian di setiap negeri yang berpontensi untuk menggunakan Sparkling Skincare..
Juga dalam masa sama, untuk saya beramah mesra dan mengenali pengikut dan kawan kawan saya di dunia Facebook saya.. Disamping itu saya dapat beramal dengan memberi mereka sedikit info atau pelajaran mengenai PERNIAGAAN mengikut idealistik dan pengalaman saya sendiri.. Bukanlah saya hebat, namun dari situ dapat saya bertukar pendapat dengan mereka untuk idea baru.. 
BERSAMBUNG...

Comments

Popular posts from this blog

AKHIRNYA DIE PERSUADE SAYE.. PART 1

Cincin Perak di bawa belayar.. Pakai sebentuk jangan disimpan.. Jantung ini bagaikan sedang belayar.. Akan ku jaga dan ku simpan.. Blue & White my vanilla creamy theme.. ehehehe...(tersenyum sipu2 SIPUT) malu jew..pipi blushing.. kejang jap pipi time tersenyum.. berguling2 atas katil.. rasa cam nak melayang..hehe.. kelakar plak bila dia call then.. tanya beberapa soklan peribadi.. untuk kepuasan hatinya.. erm..eiz sebenarnye ada sape2 dihati ke? huhu..ada..jeng3x.. my family.. special one xde..nape? saje tanye..tapi kamu nmpk mcm notty.. mcm ada ramai je.. erk..jage mulut skit bleh? nmpk notty x semestinye notty.. jujur saye tiada special one.. ok2..eiz sebenarnye cari org yg mcm mane? huhu..nak saye jujur ke propa? jujur la..just nak taw je.. ok2..saye listkan ciri yg saya mahu ok.. 1: Dia mesti tinggi dari saya 2: Dia mesti cerah daripada saya..hehe 3: Dia mesti seorang pendengar yg bagus.. sebab saya suka bercerita.. and saya banyak bercakap.. so die kena respon apa saya ckp.. ...

AZIEM JGN JELES OWHKEY!

Jeng3x... aritu 1hb p Times Square.. pdhal aritu aku kne cover konsert mega UNGU .. tp sblum tu aku p tgk.. Toy Story 3D hahaha.. kau ade aziem? jgn jeles.. ngan sape x perlu taw owhkey.. huhuhhu.. time ni memang lapar giler.. aku siap beli besarnye pop corn.. and 1909 chicken hotdudes! (mls sbut dog) then dalam wayang tu.. semerbak bau makanan tu.. huhuhu cine sebelah jeling jek.. lapar gak kot..then trus kuar.. rup2nye beli jue owhkey.. hahahaha.. thanks sebab dpt tgk FREE!