IPOH PERAK..GREAT PEEPS..GREAT SMILE..
"DAH LAMA sebenarnya merancang untuk bercuti
sambil lepak dimana mana negeri yang mempunyai
peminat Sparkling Skincare. Akhirnya, terlaksana juga
untuk ke Ipoh Perak.
Kenapa Ipoh Perak destinasi pertama? sebabnya sudah lama
merancang untuk ke Negeri tersebut, kerana tidak punya
pengalaman bermalam mahupun lepak di Ipoh Perak.
Kebetulan pula sudah lama berjanji di dalam group
whatsapp perak..soooo why not kan?
Tapi sayangnya hanya dapat pergi sebentar. Walaupu begitu,
berpuas hati dengan gaya orang Perak. Mereka semua yang saya
jumpa semalam adelah pertama kali. Tidak pernah berjumpa.
Kami lepak, berborak dan bercerita mengenai pengalaman
bisnes, seperti sudah kenal lama.
Paling tersentuh, mereka boleh guna bahasa kome..ate..
membuatkan saya seperti orang perak juga. Rasa akrab tu lain.
Paling best bila dapat juga sampai ke Cakchibow Cafe.
Siyesly, sangat hargai, siap reserved place
untuk saya lepak dengan kawan2 yang lain. Makanan
takyah cakaplah, BEST! Potion yang banyak..murah..
saya belanja satu table baru RM112.
Wooooo..memang salah kira ke apa cashier kan situ.?
Part paling best, malam tu birthday owner cafe Adriez.
DAPAT makan Kek Coklat lagi..kenyang die xyah cite.
Kek handmade/homemade dari Shah kwn Zuan.
EH! Memang bestlah, x macam lepak
dengan orang propa or jenis menyombong. Semuanya
sangat FUN mcm dah kenal lama lah. Siap offer nak
ajak jalaln2 perak nak tunjuk tempat menarik.
Tapi apakan daya, terpaksa balik awal jam3 pagi kesnya?
LUPA ahad ade C.O.D barang stokis Intan Syafinaz di
putrajaya. Situ rasa terkilan sikit..Huwaaaaaa baru nak
jalan2 cari makan kt lain plak.
Sebabnya selalu tengok dalam FB
jew tempat mkn menarik hipster2 di Ipoh Perak.
Tapi x dapat terjah abes satu negeri lagi. Insyallah
will repeat soon ke Perak.
Cuma rasa terkilan sikit semalam,
tak dapat nak beri lebih tips kat
Az dan kawannya pasal offline dan online..
But we sempat share story and pengalaman,
hope dari situ kita bleh belajar sama2..
Saya tidak lah power,
tapi bile dah Tour ni, sedikit sebanyak
gaya mereka, budaya mereka cara mereka
sedikit sebanyak membuka mata dan minda
saya mengenai orang di perak.
Apa yang mereka suka mkn?
suka pakai? suka buat? apa yang menarik
mereka boleh bisneskan dan lain2.. benarlah kata orang
jauh kita berjalan, pengalaman pun dapat..saya juga
sekurangnya dapat belajar something
dari mereka juga tentang sesuatu yang saya
tidak pernah tahu dan tidak pernah pandai.
CANT WAIT, untuk melihat reaksi orang
Penang nanti pada 17-18 disember 2016 ini..
Arghhh! x sabar nak bawak gift..
Hope team perak semalam sukalah gift
yang saya bawa dari opening
University of Sutan dulu.."
"Ya allah, they r great and sgt nice
i hope mereka juga akan dibalas
budi baik mereka seperti
mana mereka sangat
baik ketika saya
berada di perak semalam.. Gudluck guys"
Comments